Manusia adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang diciptakan dalam
bentuk yang sebaik-baiknya. Sebagaimana dalam firman-Nya QS.At-Tin ayat 4:
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ
تَقْوِيمٍ
“Sesungguhnya kami telah menciptakan
manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”. Manusia juga adalah makhluk yang
paling mulia dibandingkan makhluk-makhluknya yang lain, “ Kepada masing-masing
baik golongan ini maupun golongan itu kami berikan bantuan dari kemurahan
Tuhanmu. Dan kemurahan Ttuhanmu tidak dapat dihalangi.” (Al-Isra: 20).[3]
Kejadian proses penciptaan manusia pertama
(Adam)
Di dalam Al Qur’an, dijelaskan bahwa
Adam diciptakan oleh Allah dari tanah yang kering kemudian dibentuk oleh Allah dengan
bentuk yang sebaik-baiknya. Setelah sempurna maka oleh Allah ditiupkan ruh
kepadanya maka dia menjadi hidup. Hal ini ditegaskan oleh Allah di dalam
firman-Nya :
"Yang membuat sesuatu yang Dia
ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah".
(QS. As Sajdah : 7)
"Dan sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur
hitam yang diberi bentuk". (QS. Al Hijr : 26)
Peringkat kejadian Nabi Adam as dapat di
terangkanmelalui beberapa peringkat
Peringkat pertama, turab (tanah bumi)
Kejadian Adam as bermula dengan peringkat pengumpulan tanah bumi
dalam bentuk turab atau tanah yang berdebu. Allah swt menjelaskan proses
kejadian ini sebagai mana firmannya:
“sesungguhnya perumpamaan (penciptaan
Isa di sisi Allah swt adalah seperti penciptaan Adam as. Allah menciptakan Adam
daripada tanah turab kemudian Allah berfirman kepadanya jadilah seorang manusia
maka jadilah dia “ Ali Imran (3)
Manakala sebuah hadis yang diwirayatkan oleh imam Ahmad, Nabi
Muhammad saw telah bersabda menceritakan mengenai proses kejadian Nabi Adam
pada peringkat ini.
“sesungguhnya Allah telah menciptakan
Nabi Adam as daripada suatu genggaman tanah yang dipungut dari serata pelusuk
bumi. Sebab itulah keturunan Nabi Adam didapati kulit berwarna mengikut keadaan
bumi, sebahagian mereka bewarna putih, sebahagiannya merah sebahagiannya hitam
dan bewarna keduanya. seterusnya ada yang buruk, yang baik, yang melegakan dan
yang mendukacitakan dan ada pula yang bersifat keduanya”
Peringkat kedua, tin (tanah liat)
Pada peringkat ini Allah swt menyaringkan debu bagi mendapatkan
saripatinya atau sulalah min tin dimana Allah swt akan mengambil salah satu
bahagian yang hanya benar-benar bersih dan suci. kemudian tanah itu akan
dicampurkan dengan air bagi membentuk tanah liat (tin) atau tanah melekat (tin
lazib). kemudian Allah berfirman bermaksud:
“dialah yang menciptakan kamu daripada
(tin) ”
al-An’am (6)
“dan sesungguhnya Kami telah
menciptankan manusia daripada suatu
saripati yang berasal daripada tanah “
Al-mukminun (23)
“sesungguhnya Kami telah menciptakan
mereka daripada tanah liat “
al-saffat (37)
Pada peringkat ini Allah swt menjadikan Adam as dalam bentuk rupa
manusia dan ia kekal selama hingga 40 tahun lamanya.
Peringkat ketiga, hama’masnun (tanah yang
berbau)
Pada peringkat ini Allah swt berfirman:
“dan sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia daripada tanah liat
yang kering yang berasal daripada Lumpur
hitam (hama’masnun) yang
diberikan bentuk”al-Hijr (15)
Peringkat
keempat, salsal (tanah yang keras)
Pada peringkat
ini Allah swt menjadikan ia dalam bentuk tembikar atau tanah yang keras. ia
megambil masa selama 40 tahun lamanya. dengan itu maka genaplah 120 tahun
proses kejadian Nabi Adam as sehingga sampai proses peniupan roh. Dan ia
merupakan peringkat terakhir dalam proses pembentukan fizikal Adam as. firman
Allah swt :
“Dia menciptakan manusia daripada tanah kering seperti tembikar”
al –rahman (55)
Peringkat kelima, naf al-ruh
(peniupan roh)
Setelah selesai peringkat salsal, Allah swt kemudianya meniupkan roh ke dalam jasad Adam as. setelah itu maka sempurnalah kejadian Adam as samada dari segi rohani atau fizikal. dan seluruh organ dan sistem tubuhnya berfungsi. kemudian Allah swt befirman:
“maka apabila aku sempurnakan kejadianya
dan Aku tiupkan padanya roh. maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud “
al-Hijr (15)
replika baju nabi adam a.s seperti yang digambar dalam Al-quran sebesar 6 kaki
replika baju nabi adam a.s seperti yang digambar dalam Al-quran sebesar 6 kaki
penerangan tentang penciptaan nabi adam a.s
Ibn Jauzi dalam kitabnya, Zad al-Masir menulis, terdapat dua pendapat di kalangan ulama tentang syurga yang dihuni oleh Nabi Adam : Pertama, Jannah al-adn. Kedua, Jannah al-Khuld. Imam an-Nasafi berkata, ia disediakan bagi orang yang bertakwa, berdasarkan kepada nukilan yang masyhur, kerana `lam' pada `al-Jannah' adalah untuk takrif, iaitu pengenalan.
Al-Imam al-Fakhru ar-Razi dalam kitabnya, at-Tafsir al-Kabir berkata, ulama telah khilaf tentang syurga yang dinyatakan dalam ayat ini, sama ada di bumi atau di langit, dan kalau ditakdirkan di langit, adakah ia syurga sebagai tempat balasan pahala, atau syurga al-Khuld atau syurga lain ?
Ulama’ berbeza pendapat dalam permasalahan ini, jumhur (kebanyakan) ulama’ berpendapat bahawa syurga yang dimaksud adalah syurga yang ada di langit, yang kelak akan dihuni oleh kaum mukminin. Diantara dalil yang menguatkan pendapat ini ialah hadits As Syafa’ah berikut:
“Diriwayatkan dari sahabat Huzaifah radhiallahu ‘anhu ia berkata: Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassallam bersabda: Allah Yang Berkah dan Maha Tinggi akan mengumpulkan manusia, kemudian ketika syurga telah didekatkan, maka kaum mukminun akan bangkit, dan mendatangi Nabi Adam alaihissalam, kemudian mereka akan berkata kepadanya: ‘Wahai bapa kami, mohonlah agar syurga segera dibukakan untuk kami.’ Maka beliau menjawab: ‘Tidaklah ada yang mengeluarkan kamu dari syurga, melainkan kesalahan bapamu Adam?’” (HR Muslim)
Dan juga hadits Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berikut ini:
“Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu ia berkata: Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassallam bersabda: Nabi Adam dan Nabi Musa ‘alaihimassalam pernah berdebat disisi Allah, maka Nabi Adam berhasil mengalahkan Nabi Musa. Nabi Musa berkata: ‘Wahai Adam, engkaulah orang yang Allah ciptakan langsung dengan Tangan-Nya, dan Allah meniupkan ruh-Nya kepadamu, dan memerintahkan para Malaikat untuk bersujud kepadamu, dan Allah juga telah memberimu kesempatan untuk tinggal di surga-Nya, kemudian engkau karena dosamu menurunkan seluruh manusia (anak keturunanmu) ke bumi.’” (HR Muslim)
Dari kedua hadits ini dan juga dalil-dalil lain jumhur ulama’ berpendapat bahawa syurga yang pernah dihuni Nabi Adam ‘alaihissallam bersama isterinya Hawa adalah syurga yang ada dilangit, dan bukanlah syurga dengan pengertian taman yang indah yang ada di bumi.
Walaupun demikian, ada sebahagian ulama salaf yang berpendapat bahawa syurga yang dimaksud ialah syurga khusus yang telah Allah SWT sedia untuk menguji Nabi Adam ‘alaihissallam bersama isteri Baginda, Hawa. Kemudian ulama’ yang berpendapat demikian ini terbahagi kepada dua kelompok: yang pertama mengatakan: Syurga khusus ini berada di langit, dan kelompok kedua mengatakan bahawa letaknya syurga khusus ini ada di bumi.
Ulama’ yang memberikan pendapat kedua ini, salah satunya ialah Syeikh al-Maghari. Tafsirnya, iaitu Tafsir al-Maghari menaqalkan hujah al - Imam al-Alusi dalam tafsirnya, Ruhu al-Ma'ani yang menyokong pendapat bahawa syurga Adam bukan syurga akhirat nanti, di antara hujahnya ialah :
Bila difahami dengan lebih mendalam, maka pendapat jumhur (kebanyakan) ulama’ lebih kuat, kerana ia disokong oleh pemahaman kedua hadits di atas.
Pandangan Ulama'

عن حذيفة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (يجمع الله تبارك وتعالى الناس فيقوم المؤمنون حتى تزلف لهم الجنة فيأتون آدم فيقولون يا أبانا استفتح لنا الجنة فيقول وهل أخرجكم من الجنة إلا خطيئة أبيكم آدم). رواه مسلم
“Diriwayatkan dari sahabat Huzaifah radhiallahu ‘anhu ia berkata: Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassallam bersabda: Allah Yang Berkah dan Maha Tinggi akan mengumpulkan manusia, kemudian ketika syurga telah didekatkan, maka kaum mukminun akan bangkit, dan mendatangi Nabi Adam alaihissalam, kemudian mereka akan berkata kepadanya: ‘Wahai bapa kami, mohonlah agar syurga segera dibukakan untuk kami.’ Maka beliau menjawab: ‘Tidaklah ada yang mengeluarkan kamu dari syurga, melainkan kesalahan bapamu Adam?’” (HR Muslim)
Dan juga hadits Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berikut ini:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : احتج آدم وموسى عليهما السلام عند ربهما فحج آدم موسى. قال موسى: أنت آدم الذي خلقك الله بيده ونفخ فيك من روحه وأسجد لك ملائكته وأسكنك في جنته ثم أهبطت الناس بخطيئتك إلى الأرض. رواه مسلم
“Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu ia berkata: Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassallam bersabda: Nabi Adam dan Nabi Musa ‘alaihimassalam pernah berdebat disisi Allah, maka Nabi Adam berhasil mengalahkan Nabi Musa. Nabi Musa berkata: ‘Wahai Adam, engkaulah orang yang Allah ciptakan langsung dengan Tangan-Nya, dan Allah meniupkan ruh-Nya kepadamu, dan memerintahkan para Malaikat untuk bersujud kepadamu, dan Allah juga telah memberimu kesempatan untuk tinggal di surga-Nya, kemudian engkau karena dosamu menurunkan seluruh manusia (anak keturunanmu) ke bumi.’” (HR Muslim)
Dari kedua hadits ini dan juga dalil-dalil lain jumhur ulama’ berpendapat bahawa syurga yang pernah dihuni Nabi Adam ‘alaihissallam bersama isterinya Hawa adalah syurga yang ada dilangit, dan bukanlah syurga dengan pengertian taman yang indah yang ada di bumi.
Walaupun demikian, ada sebahagian ulama salaf yang berpendapat bahawa syurga yang dimaksud ialah syurga khusus yang telah Allah SWT sedia untuk menguji Nabi Adam ‘alaihissallam bersama isteri Baginda, Hawa. Kemudian ulama’ yang berpendapat demikian ini terbahagi kepada dua kelompok: yang pertama mengatakan: Syurga khusus ini berada di langit, dan kelompok kedua mengatakan bahawa letaknya syurga khusus ini ada di bumi.
Ulama’ yang memberikan pendapat kedua ini, salah satunya ialah Syeikh al-Maghari. Tafsirnya, iaitu Tafsir al-Maghari menaqalkan hujah al - Imam al-Alusi dalam tafsirnya, Ruhu al-Ma'ani yang menyokong pendapat bahawa syurga Adam bukan syurga akhirat nanti, di antara hujahnya ialah :
Pertama, bahawa Allah menciptakan Adam di bumi untuk menjadi khalifah di dalamnya, begitu juga zuriat keturunannya. Tidak harus dikatakan bahawa kewujudan Adam di dunia serta zuriatnya merupakan pembalasan hukuman daripada Tuhan.Berdasarkan kepada senarai ini, maka segala keterangan yang telah disifatkan dengannya berhubung dengan syurga yang dijanjikan, dan kurniaan tanpa henti dan terputus, sudah tentu tidak sesuai dan tidak menepati syurga yang didiami oleh Adam tersebut.Kedua, Allah tidak menyatakan selepas penciptaan Adam di bumi, dinaikkannya ke langit. Sekiranya ia berlaku, sudah pasti ia akan disebut dan merupakan perkara yang besar.Ketiga, bahawa syurga yang dijanjikan dengannya pada Hari Akhirat, tidak akan dimasuki kecuali oleh orang-orang yang bertakwa lagi beriman. Bagaimana mungkin syaitan yang kafir dapat masuk dan melakukan was-was kepada Adam.
Keempat, syurga bersifat negeri yang penuh nikmat dan tempat berehat, bukan negeri taklif seperti mana telah ditaklifkan Adam dan isterinya supaya jangan memakan buah dari pohon kayu tersebut.
Kelima, bahawa tidak ditegah kepada penghuni syurga untuk merasai segala kenikmatan dan melakukan apa sahaja.
Keenam, bahawa tidak berlaku di dalam syurga sebarang maksiat dan kesalahan kerana ia negeri suci, bukan negeri kotor dan najis.
Bila difahami dengan lebih mendalam, maka pendapat jumhur (kebanyakan) ulama’ lebih kuat, kerana ia disokong oleh pemahaman kedua hadits di atas.
Kesimpulan
Menurut Islam , Nabi Adam merupakan manusia yang pertama dicipta oleh Allah S.W.T .Seluruh para malaikat disuruh tunduk kepada Nabi Adam.Oleh itu , kita sebagai umat Islam harus akur dan percaya bahawa Nabi Adam merupakan manusia pertama yang dicipta.
No comments:
Post a Comment